Header Ads

Tips Kehidupan !! Kehidupan yang sukar

  HIDUP memang sukar jika kita tidak pandai berkata-kata. hidup ini sentiasa sukar jika kita tidak berilmu. Hidup sukar bila kita tidak sentiasa berfikiran positif. Mana mungkin badan kita menggerakkan otak jika otak dan minda kita mengatakan tidak untuk berubah. Hanya angan-angan kosong sahaja yang dapat diperoleh jika anda tidak mempunyai fikiran positif.


Maksud fikiran positif ini adalah kemampuan untuk kita berfikiran secara rasional mengikut situasi semasa. sebagai contoh apabila kita marah, kita tidak mampu mengawal minda dan fikiran kita sebaliknya hanya mengikut perkembanagan perasaan yang diselebungi oleh perasaan marah dan kecewa.

Kehidupan yang sukar


Jika kita tidak mampu mengawal fikiran kita maka ia antara tanda kita tidak berfikiran positif. 


jIKA Kita mampu mengawal perasaan kita dan mengubah kepada tindakan yang baik maka ia merupakan satu fikiran positif. Sama juga dengan situasi ketika kita mengalami kegagalan, jika kita tidak mendorong diri kita untuk terus berusaha dan meninggalkan kekecewaan maka itu bukanlah satu tindakan positif yang sepatutnya.

Kesukaran hidup memang tak dinafikan. tajuk

Memang kita akan sentiasa mengalami masalah dan kepayahan dalam hidup kita. Ramai yang kecundang sehingga mereka melakukan perbuatan terlarang seperti merokok untuk hilangkan stress dan ada juga sehingga sanggup mengambil dadah demi meng hilangkan stress.


Tetapi semua itu tidak sepatutnya berlaku sebaliknya kesukaran hidup yang dialami perlu di sulam dengan nilai-nilai kemanusian. sebagai contoh kita boleh melakukan ibadah bagi agam islam dan berdoa agar kita di permudahkan segala urusan dan di keluarkan dari mara bahaya dan kesukaran hidup.

Tips untuk sentiasa kekal positif adalah dengan sentiasa check tindakan kita sebagai contoh perlukah aku lakukan perkara ini secara serius atau tinggalkanna sahaja. dengan cara ini kita dapat mengambil masa dari membuat keputusan yang terburu-buru. Kita bimbang anadai kalau kita silap langkah, masa depan kita pula akan tergadai. bila kita timbulkan persoalan kepada diri kita maka ia akan menghentikan seketika diri kita untuk berfikir sesuatu itu sama ada baik atau buruk. Ia sangat membantu dalam menyelesaikan masalah kita.


Seterusnya, abaikan perkara kecil yang remeh temeh. Selalunya kita akan mudah terkesan dengan perekara remeh. jadi mulai hari ini, jangan terlalu fikirkan perkara remeh dan anggap ia tidak penting dalam hidup anda dan ia juga tidak akan menggangu perjalanan hidup anda.


selain itu, untuk berfikiran positif kita kena sentiasa meluahkan perasaan dan bincang dengan orang yang dipercayai. sebab apa aku selalu cakap orang yang boleh dipercayai?


kerana ramai orang diluar sana walaupun bergelar rakan tetapi mereka hanya menunggu masa untuk memakan kita dari depan dan belakang. Tikam belakang mudah berlaku apabila kita mendedahkan kelemahan kita kepada orang lain. Jadi fikir dulu sebelum meluahkan perasaan. 

Ramai yang terkena dengan rakan-rakan sendiri. Mulut rakan yang tidak tahu simpan rahsia merosakkan segala-galanya sehingga menimbulkan permusuhan dengan rakan yang lain. Malah ada yang tidak bertegur sapa kerana salah meluahkan perasaan sehingga ia menjadi adu domba dan umpan.

Jadi kami tekankan untuk bijak memilih orang untuk bercerita masalah dan juga perasaan kita. Jika tidak, kita pula yang akan menanggung akibatnya di kemudian hari.

apa yang perlu kita luahkan?


persoalan yang menarik. Kita luahkan apa yang kita rasa sesak sangat dalam diri kita. ada orang ada masalah dengan pasangan dan dia hanya smpan perkara tersebut dalam dirinya sehinggalah menjadi dendam kesumat dalam dirinya. Kita tak mahu ia menjadi lebih teruk maka ceritakan lah ia kepada rakan-rakan yang boleh dipercayaai. SEMOGA Dengan cara itu dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dan sentiasa berfikiran positf.


Tambhan pula untuk berfikiran positif, kita juga kena berpijak di bumi yang nyata. Fikiran negatif selalu membawa kita untuk berfikiran tidak tentu arah dan sehinggakan memikirkan satu perkara yang tidak munasabah dan tidak akan berlaku. Jadi kita kena cepat sedarkan diri dan berpijak di bumi yangnyata agar kita tidak kekal lama dalm masalah kita dan terus move on untuk meneruskan kehiduapan kita.


Fokus pada pernafasan. Bernafas melalui perut dan menghembuskan nafas melalui hidung. Pada ketika ini, cuba untuk fokus hanya pada pernafasan anda.

Berada dalam dunia di sekeliling anda. Ambil masa rehat 1-2 minit, kosongkan minda anda dan tumpukan perhatian tentang apa yang berlaku di sekitar anda; bunyi bising di luar tingkap, bau, dan cahaya matahari.


Selainitu, kita juga kena tetapkan taret setiap hari untuk menlakukan sesuatu yang positif demi masa hadapan kita. jangan biarkan setiap hari kita diganggu oleh aura negatif yang tidak baik sehingga menyebabkan kita putus asa dan sedih dengan kehidupan kita.

Beberapa cara untuk membantu memulakan hari dengan lebih positif adalah:


Sediakan satu peringatan mudah selepas anda bangun, ia mungkin petikan yang memberikan inspirasi kepada anda. Atau sesuatu yang berkaitan impian atau semangat anda. Anda boleh tulisnya di atas kertas atau taipkan pada telefon pintar anda.

Biarkan beberapa maklumat atau perbualan positif berlegar dalam minda anda. Dengarkan radio, baca buku yang memotivasikan anda, atau yang dapat membuatkan anda tersenyum. Berbuallah sesuatu topik menarik dengan pasangan, keluarga atau rakan sekerja.

Sebagai kesimpulan, hidup ini sangat penuh dengan cabaran dan berfikiran positif pula menjadi kunci untuk kita terus hidup bahagia tanpa gangguan emosi. Sekali sekala untuk rasa tidak tenang itu normal tetapi jika ia telah berlarutan sehingga menggangu kehidupan anda, maka anda perlu buat sesuatu. 


Dapatkan pertolongan agar baki usia dan hidup kita ini menjadi lebih sempurna dan baik untuk kita. Tak kan kita nak tengok orang bahagia sedangkan kita tidak bahagia. betul tak?


Kebahagian adalah milik semua bukan untuk orang disakiti atau menyakiti tetapi ia milik setiap insan di muka bumi ini. Sentiasa senyum bila ada kesukaran dan pasti ia akan ada hari yang membahagiakan kita semua di kemudian hari.

Andai kegagalan terus menerus menghimpit kita sedarlah yang kita punya tuhan untuk meminta pertolongan. Jangan pernah putus asa dengan rahmatnya kerana setiap ujian itu datang dari tuhan untuk membantu kita menjadi lebih kuat dan lebih baik.


Tuhan tahu masalah kita dari awal sampai habis dan dia jugalah yang akan membuka ruang idea kepada kita untuk selesaikan masalah tersebut. Jadi jangan pernah tinggal berdoa kerana doa senjata yang paling kuat antara manusia dan tuhan.


Kami doakan sesiapa sahaja anda yang baca posting ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada tuhan dan dipermudahkan segala urusan anda dari dulu dan akan datang. Fighting!

Kalu korang suka artikel ini, boleh share tau. Kami harap dan berdoa agar anda di murahkan rezeki dan dipermudahkan urusan walau di mana anda berada.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.