Header Ads

Punca Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh

Punca Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh "Kenapa perempuan suka cari gaduh?" adalah persoalan yang sering bermain di fikiran ramai lelaki. Dalam hubungan, pertelingkahan kecil kadangkala berlaku, namun ada sebab mendalam di sebalik tingkah laku tersebut. Sebenarnya, ia bukan sekadar soal emosi, tetapi boleh melibatkan pelbagai faktor seperti keperluan untuk perhatian, tekanan, atau cara unik mereka menyampaikan perasaan.

Dalam artikel ini, kami akan mengupas punca utama kenapa perempuan suka cari gaduh, bagaimana cara untuk memahami mereka dengan lebih baik, dan tips menangani situasi ini tanpa merosakkan hubungan. Teruskan membaca untuk menjadikan hubungan anda lebih harmoni dan bahagia!

 Punca Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh. Aduh, kenapa pula keluar isu macam ni? Ditambah pula kita baru selesai menyambut kemerdekaan dan ramai katanya para suami yang sedih dan terkilan dengan isteri mereka kerana tersenyum seorang diri melihat abam bomba sado di dataran merdeka. Adakah ini juga cara orang perempuan nak cari gaduh dengan orang lelaki atau sekadar nak panas line? Bagaimana pula orang lelaki nak cari gaduh dengan orang perempuan? adakah dengan menge like gambar perempuan lain di hadapan si isteri atau ada cara lain? semuanya akan terjawab apabila kita tahu kenapa perempuan suka cari gaduh yang telah kami cari dan korek untuk anda. semuanya adalah untuk membantu anda tau, bukan untuk saya atau pun team kami. jadi teruskan baca mengenai apa punca perempuan suka cari gaduh dengan orang lelaki. dia tak sayang dekat suami dia ker?


Punca Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh


Punca Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh

Ramai juga orang perempuan memberitahu yang mereka kadang-kadang suka cari pasal dengan membuatkan seseorang itu tak puas hati dan nak cari pasal dengan orang yang dia sayang. tapi sebab apa ya? tak kah dia akan mengguriskan hati orang lelaki yang dia sayang itu?


Sebab kenapa orang perempuan suka cari gaduh adalah kerana dia tengah bosan dan tak buat apa-apa. Nampak pelik tapi itulah hakikat dia apabila kita sering bertanya kenapa mereka suka cari gaduh dengan orang lelaki. sesetengah perempuan apabila bosan tak tahu nak buat apa dan rasa perlukan kawan untuk berkomunikasi, jadi dia cari idea untuk tarik perhatian orang yang dia sayang dengan ajak bergaduh. kadang-kadang itu, mereka sengaja cari pasal sebab nak ada teman bersembang dengan dia. tak lah dia tanya sepatah orang lelaki balas sepatah saja. kan bosan hidup dia. Bosan di sini bukanlah bermakna perempuan tersebut tak ada kawan, tak ada kerja nak buat. Akan tetapi, bosan sebab tak ada orang yang dia sayang di sisi. Hari-hari yang dilaluinya tanpa orang tersebut.


 Yang kedua adalah untuk menguji orang lelaki punya kesabaran. Aku rasa sejak aku dok tulis entri pasal orang perempuan ni, mesti alasan mereka adalah nak uji kesabaran orang lelaki. time kata dia selalu betul dan lelaki salah juga antara salah satu sebab adalah nak uji orang lelaki. Dia tak sedar ker yang orang lelaki tak suka di uji?  Mereka berfikir dengan cara menguji akan dapat menilai pasangannya itu bagaimana, boleh sabar atau tidak dengan kerenahnya atau sebaliknya. Tindakan ini tidak berapa bagus sebenarnya sebab boleh mengundang rasa bosan pasangan untuk melayan. Asyik nak menguji je. Sekali-sekala bolehlah. Jika setiap hari annoying juga kan?


 Antara punca yang menarik bagi aku mengenai kenapa orang perempuan suka cari gaduh dengan orang lelaki adalah kerana orang perempua kurang mendapat perhatian daripada orang lelaki. itu bagi aku punca utama yang membawa kepada menguji kesabaran dan juga untuk mengisi masa bosan diorang tu. Biasa juga terjadi terhadap pasangan yang dah lama bersama. Bagi perempuan, semakin lama bersama semakin perempuan tersebut mahukan perhatian yang sama seperti mula-mula kenal dahulu. Beri perhatian pun kita pernah kupas dahulu yang mana orang perempuan memang suka sangat dengan perhatian dari orang lelaki yang dia sayang. Jika tak diberiperhatian akan menyebabkan orang perempuan akan mula berfikir mengenai perkara yang bukan-bukan. antaranya adalah dia mula berfikir pasangannya ada hubungan dengan perempuan lain di pejabat atau dia berfikir yang pasnagannya sudah tidak sayang dengan dia. Dan hal ini akan menyebabkan hubungan anda menjadi lebih keruh. Ditambah pula apabila pasangan mereka tidak memahami hint yang mereka berikan seperti sedang merajuk dan sebagainya, maka ia menambah keadaan menjadi lebih buruk dan sukar untuk diubati. Namun, nasihat kami untuk orang lelaki, teruskan bersabar dengan perangai orang perempuan tu sebab diorang nak perhatian sahaja. Cepat-cepat minta maaf walaupun anda tidak bersalah dalam hal tersebut. dengan cara itu, hubungan anda berdua akan lebih selamat dan tidak menjadi lebih buruk untuk jangka masa yang panjang. Salah satu punca hubungan berantakan adalah orang lelaki yang tidak memberi perhatian dan kemudian dia menyalahkan orang perempuan dan terus timbul perbalahan dan pergaduhan hingga berlaku perceraian dan perpisahan. jadi kita tak mahu perkara itu berulang dan anda kena banyak bersabar dan terus bersabar. yang penting raikanlah mereka seperti seorang anak raja yang bukan anak raja pun sebenarnya itu. hahaha. 


Yang keempat adalah apabila masalah orang perempuan dengan orang lelaki tu tak selesai lagi. Maka mereka akan terus menerus mencari kesalahan dan mencari gaduh dengan anda. Fuhh payah macam ni kalau asyik kena cari gaduh ja ni.. Orang  perempuan sebenarnya bila dia mahukan penjelasan atau perbincangan yang tuntas terhadap sesuatu masalah. Lelaki pula cenderung untuk berdiam diri dan lari jika ada masalah. Itulah sebabnya ada sesetengah perempuan yang akan text suaminya panjang berjela ketika suami di pejabat dan jika dibalas dengan Ok atau blue tick sahaja, makanya akan lebih panjanglah episod pergaduhan tersebut. Oleh sebab itu, masing-masing kenalah belajar berkomunikasi dengan baik dan kenal karakter masing-masing dalam menyelesaikan masalah. Paling penting letakkan ego kita di tepi.

Punca kenapa orang perempuan suka cari gaduh yang kelima adalah kerana dia terlalu rindu dengan pasangannya itu. Hahaha aku baca pun macam tak percaya jer bila ini di letakkan dalam antara punca kenapa orang perempuan suka cari gaduh ni. Ada sesetengah perempuan yang akan ajak bergaduh jika dia terlalu rindu dan orang yang dirinduinya tu tak tanya khabar dia pun. Bunyi macam kelakar. Boleh saja kalau rindu call atau mesej kan, cuma ada yang pilih untuk ajak bergaduh supaya perbualan jadi lebih panjang. Endingnya cuma ‘saya rindu’. Kelakar tapi wujud. Hahaha.

Seterusnya ini antara yang menarik bagi aku adalah kenapa orang perempuan suka cari gaduh adalah kerana dia nak bagi tau yang dia tengah merajuk. sebagai contoh, bila orang perempuan merajuk dengan pasangannya, diorang akan duduk diam sambil menunggu untuk dipujuk oleh teman lelaki atau suami diorang. Tetapi nak jadikan masalah, orang lelaki pasangan diorang tu tak tahu pun yang diorang tengah merajuk. diorang pun buat-buat tak tahulah dekat teman wanita atau isteri diorang yang merajuk itu dan ini merupakan isu besar bagi orang perempuan tau. Nak tak nak diorang kena juga cari pasal supaya orang lelaki beri perhatian kepada mereka dan ambil tahu yang mereka tengah merajuk. dah tahu tengah merajuk tu, cubalah pujuk. maka akan berlaku lagilah peperangan saraf antara pasangan tersebut. Last sekali, orang lelaki perlulah mengalah dan terus angkat bendera putih. sebab apa, kalau korang makin lawan, korang makin kena layan dia lama-lama. jadi nak make it short, korang cepat-cepat pergi minta maaf dan selesaikan masalah tersebut dengan segera mungkin. kalau tak faham-faham jer lah ya.

Penutup kenapa perempuan suka cari gaduh.

Akhir sekali, kami harap perkongsian mengenai punca kenapa permpuan suka cari gaduh ini bermanfaat untuk anda semua..gunakanlah tips ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan pasangan anda. Kerana mereka sangat berharga untuk kita. selamat mencub. 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.