Header Ads

Pasangan yang Obses dengan Anda: Tanda dan Cara Mengendalikannya

Pasangan yang Obses dengan Anda: Tanda dan Cara Mengendalikannya. Adakah pasangan anda terlalu obses dengan anda? Walaupun perhatian dan kasih sayang adalah elemen penting dalam hubungan, keobsesian yang melampau boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Keadaan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kebebasan peribadi tetapi juga mencetuskan konflik yang tidak sihat dalam hubungan.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tanda-tanda pasangan yang obses, sebab di sebalik tingkah laku tersebut, dan cara terbaik untuk menghadapinya. Teruskan membaca untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana menangani situasi ini dengan bijak dan memastikan hubungan kekal harmoni.

 Pasangan yang Obses Dengan Anda. Isu OBSES ini sering kali berlegar dalam kalangan pasangan bercinta mahupun yang belum kawin atau sudah berkahwin. Ada kisah yang dilaporkan sebelum ini yang mana si suami sangat obses dengan isteri dia sampai ke mana-mana dia akan ikut isteri dia. Yang paling best adalah semua benda si suami tu akan secara suka rela buat. Sebagai contoh beli barang atau ada urusan si isteri yang perlu dilakukan maka si suami yang obses itu akan buat demi isteri tercinta.

Ramai yang si isteri mengatakan seronoklah seabab semua perkara dilakukan oleh suami. ada yang kata untung ada suami yang obses dengan kita sedangkan suami sendiri tidak obses pun dengan dia. Ada juga yang mengatakan rimas dengan keadaan tersebut dan mahu lebih kebebasan dalam hidup dan melakukan semua perkara sendiri tanpa dibantu atau dilakukan oleh orang lain.


Pasangan yang Obses Dengan Anda.


Itulah yang kita katakan sebagai pendapat masing-masing. Tetapi yang menanggung derita atau bahagia itulah lebih mengetahui keadaannya. Kalau dapat pasangan yang biasa-biasa obsesnya maka ia tidak tak apa kerana masih dalam ruang lingkup keselesaan masing-masing.. tetapi andai yang terlalu obses sehingga menyukarkan pergerakan dan menyukarkan komunikasi sosial dengan masyarakat pasti agak menggangu emosi sama ada si suami atau si isteri.

Oh ya, lupa nak bagi tahu yang obses ini bukan hanya untuk satu jantina sahaja. Bukan hanya si suami sahaja yang akan ada obses ini tetapi si isteri juga akan ada yang terlebih obses dengan suami. Ada kes yang terlalu obses sehinggakan si suami nak pergi kerja pun dia nak ikut kerana bimbang ada perempuan lain yang akan mengorat si suami yang di obseskannya itu.

Jadi, kita nak tahu adakah obses dengan pasangan itu satu nikmat atau satu azab? Tapi sebelum itu jom kita baca mengenai " tanda-tanda pasangan anda obses dengan anda" .

Yang pertama, dia tidak memberi tahu perasaan dia dekat anda. dia hanya pendamkan dalam hati.  Kita tahu, setiap pasangan akan ada perasaan antara satu sama lain. Anda juga mahu dpandang hebat dan gah oleh pasangan kita. Jadi kita akan tunjukkan sisi baik sahaja kepasangan kita dan menyembunyikan perasaan dan sikap yang kurang baik.

Ini kerana dia bimbang akan kehilangan suami atau isteri atau pasangan kekasihnya itu kepada orang lain. Kiranya dia tunjuk baik jer, yang jahat dia simpan elok-elok.

Yang kedua adalah dia lebih pandang luaran sahaja dan tidak mahu menerima kekurangan pasangan. Walaupun pasangan dia itu jahat tetapi dia buat buat buta mata dan hanya fokuskan kepada benda baik sahaja. sebab itu ada pasangan yang hidup dalam relationship yang toxic dan hanya berpegang kepada kata cinta dan kasih antara mereka.

Jadi, ini antara faktor dan tanda seseorang itu obses dengan pasangannya. Walau dipukul atau di maki, masih setia ikut dan tunduk atas alasan cinta dan sayang. Bahaya ni!


Yang ketiga, tanda pasangan mula obses adalah dia mula menjauhi orang lain dan meminta anda juga menjauhi orang lain. Start dengan tidak menyertai aktiviti bersama dengan kawan-kawan terdekat dan lebih suka meluangkan masa bersama-sama.

Perkara ini terjadi kerana dia sudah menjadikan pasangannya itu sebagai keutamaan dalam hidupnya dan orang lain di sekeliling mereka sudah tiada guna dan tidak berfungsi. yang penting hanya pasangan mereka sahaja.

Yang keempat pasangan yang obses itu akan hanya mengiyakan sahaja apa yang anda kata dan dia tidak akan membangkang anda. sebabnya adalah dia tak mau anda rasa marah dan tawar hati jika dia cakap tidak dengan apa yang anda katakan. Ia umpama satu penjara untuk pasangan yang obses itu dengan pasangannya. Jadi anda kena pastikan pasangan anda tidak mengongkong atau membuatkan anda terlebih berkuasa sehinggakan anda tidak perasan yang anda telah terperangkap dalam perangkap atau dalam penjara cinta kekasih atau pasangan anda itu.

Situasi ini memang ramai yang tak tahu dan tak perasan pun. Sehinggalah ia menjadi parah dan mula mencederakan diri barulah mereka nampak yang mereka telah terjerat dalam permainan pasangan mereka yang obses dengan mereka itu..


Yang terakhir adalah pasangan yang obses itu selalunya jarang marah atau kurang ajak gaduh dengan pasangannya. macam aku bagi tahu tadi yang mereka ini sangat berhati-hati apabila mereka bersama dengan pasangan mereka. Sikap terlalu takut kehilangan pasangan mereka itu menyebabkan mereka sanggup tidak marah walaupun ia perkara buruk terhadap mereka sendiri. Dalam fikiran mereka jika mereka marah, pasangan mereka akan meninggalkan mereka dan mencari orang lain untuk bercerita dan meluahkan perasaan.

Mereka tidak mahu perkara ini berlaku. maka mereka akan sebolehnya tidak marah dan tidak mencetuskan pergaduhan besar dengan pasangan mereka. Ini antara tanda pasangan anda obses tahap tidak sihat dengan anda..

Apa yang perlu anda lakukan?

Pertama sekali kenal pasti tahap keobsesan pasangan anda dengan diri anda. Jika mereka sudah mencapai tahap terlalu teruk anda kena fikirkan untuk kurangkan obses mereka dengan anda sehingga tahapnya mencapai yang normal atau biasa.

Jika anda tidak mengawal mereka maka hidup anda akan terkongkong dan anda juga mungkin akan kehilangan rakan-rakan anda yang rapat dengan anda.

Namun, jika anda suka dan tidak rasa terbeban dengan tindakan obses pasangan anda terhadapa diri anda. Maka tidak mengapa cumanya anda perlu berhati-hati kerana bimbang ia akan menjadi lebih teruk di masa hadapan.

Obses ini mampu menjadi sesuatu yang sukar dirawat jika tidak dibendung awal. Masalah emosi dan pemikiran bercampur dalam tindakan mereka sehinggakan mereka tidak tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk mereka dan pasangan mereka.

Justeru, kami harap jika anda perlukan bantuan atau anda sudah tidak mampu lagi bertahan dengan keobsesan pasangan anda. Segeralah mendapatkan bantuan dari pihak berwajib sebelum ia memudaratkan diri anda.

Ini juga demi kebahagian pasangan anda dan juga diri anda sendiri. Kami sentiasa mendoakan kebahagian anda dengan pasangan anda dan sedia membantu jika anda memerlukan pertolongan.

Bagi penyakit terlalu obses ini antara rawatan yang dilakukan adalah sama ada dalam bentuk ubat-ubatan ataupun dalam bentuk sesi terapi dengan doktor pakar. Ini kerana obses melibatkan daya fungsi otak yang memerlukan pemantauan khusus demi kesejahteraan pesakit.

Akhir sekali, kami harap entri ini membantu anda dan pasangan anda tidak kiralah jika anda terlalu obses dengan pasangan anda atau pasangan anda yang obses dengan anda. Perhatikan tingkah laku mereka dan cuba atasi secara bersama.

Jangan malu untuk meminta pertolongan. Jika anda rasa entri ini berguna untuk anda, boleh dan dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan lain. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagian anda di dunia dan di akhirat. SEKIAN.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.