Orang Lelaki Kena Tahu Perkara Ini: Rahsia Perempuan yang Jarang Didedahkan
Orang Lelaki Kena Tahu Perkara Ini: Rahsia Perempuan yang Jarang Didedahkan. "Orang lelaki kena tahu perkara ini" adalah artikel yang membongkar rahsia perempuan yang sering kali tidak diketahui oleh kaum lelaki. Dalam dunia hubungan dan komunikasi, memahami pemikiran dan perasaan wanita boleh menjadi kunci kepada hubungan yang lebih harmoni. Namun, ramai lelaki masih keliru tentang apa yang sebenarnya diinginkan oleh wanita.
Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan beberapa perkara penting tentang perempuan, dari aspek emosi hingga keperluan mereka dalam hubungan. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsia yang boleh membantu anda menjadi pasangan atau rakan yang lebih memahami dan peka terhadap kaum wanita.
Orang Lelaki Kena Tahu Perkara Ini (Rahsia Perempuan). Kali ini kami nak cerita pula mengenai bebrapa fakta menarik yang orang lelaki kena tahu. Sebenarnya ini merupakan rahsia orang perempuan tetapi walaupun rahsia, diorang nak orang lelaki tahu perkara ini. Korang cuba tekatla apa dia? Orang perempuan selalunya terkenal dengan rahsia mereka sendiri. Kadang-kadang tu sampai orang lelaki tak tahu apa yang dia buat. tup tup dapat berita itu dan ini. Tetapi kali ini aku tak nak cerita pasal masalah peribadi atau rahsia peribadi mereka cuma aku nak kongsikan mengenai beberapa fakta yang orang lelaki kena tahu supaya hubungan mereka dengan orang perempuan lebih baik dan lebih harmoni. orang lelaki ni kalau tak ajar, memang diorang tak tahu pun pasal ni. jadi korang boleh teruskan membaca dan terus menerus menerokai rahsia orang perempuan yang sangat unik dan hebat ini.
Orang Lelaki Kena Tahu Perkara Ini (Rahsia Perempuan)
Perkara pertama yang orang lelaki kena tahu adalah orang perempuan suka dengan pujian. lebih-lebih lagi dari orang yang diorang suka. Dalam konteks ni sudah semestinya dari suami mereka. Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan. Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.
Yang kedua adalah korang jangan sesekali lupa dengan tarikh-tarikh penting dalam hidup korang dan dia. Sebagai pasangan amat malang kalau korang asyik lupa dengan tarikh-tarikh penting ini. Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai..Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.
Seterusnya adalah walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain. Inilah sifat jiwa besar orang perempuan. Mereka tidak mahu orang lain nampak kesudahan mereka. Ada tu walaupun hati dia kecewa dengan pasangannya, dia masih tetap setia dengan pasangannya itu demi rasa bahagia dan terus melihat pasangannya tersenyum. Ada juga yang ketawa dengan rakan-rakan yang lain, tetapi pada masa yang sama hatinya terluka. ada yang berpura-pura bahagia sehinggakan segala duka ditutupnya. Tapi untuk orang perempuan hati-hati ya, kami takut kerana terlalu memendam, anda akan kecewa dan akan timbul pula perasaan dendam dalam hati. Ini akan memudahkan anda mendapat penyakit darah tinggi stress dan lain-lain.seelok-eloknya, carilah orang untuk diluahkan masalahnya itu. jangan pendam sendiri kelak merana nanti. ingat pesanan kami ini ya.
Selain itu, kalau korang sibuk sekali pun, kena cari masa untuk lepak dengan diorang. Ini merupakan antara perkara yang orang lelaki kena tahu. seSibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.
Seterusnya, korang bila ada masalah dengan orang perempuan, tolonglah jangan sampai berpisah dengan dia. Ini kerana bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya. Selalunya orang lelaki akan ambil masa yang lama untuk dapatkan balik pasangan yang telah ditinggalkan. Ini kerana orang perempuan sangat tebal perasaan kecewa dan terguris hati dia bila berpisah dengan orang yang dia sayang. Jadi kalau korang tak mahu tunggu lama, pastikan korang tidak bergaduh sehingga berpisah. Kalau ada niat nak berpisah pun, pastikan korang tak patah balik. kalau tidak menangis tak berlagu lah korang tunggu dia terima korang balik. hehehe
Kali ini poin dia best sikit. Orang lelaki kena tahu yang air mata adalah senjata utama perempuan. Hampir setiap hari kalau boleh orang perempuan akan mengalirkan air mata. Ketika dia suka pun orang perempuan akan menangis, ketika sedih lagilah dia akan rajin menangis. Yang peliknya, orang perempuan boleh menangis sebab kawan-kawan dia menangis. Sampai kalau masa itu, kita tanya dia kenapa dia menangis, pasti jawapannya tak tahu sebab apa. perkara ini pernah berlaku dekat aku bila aku tanya kawan perempuan aku kenapa dia menangis bila kawan-kawan dia menangis. jawapannya adalah entah, tengok dia menangis, aku pun menangis lah. jawapan ringkas dari kawan aku itu. kadang-kadang aku pun pelik sebab tak ada jawapan solid daripada mereka jadi kita pun risau sama ada dia ni betul-betul menangis atau tidak. Korang pun, kalau dapat pasangan macam tu, hati-hati ya. nanti termasuk dalam perangkap pula nanti.
Point seterusnya ini adalah mengenai habit dan kesukaan orang perempuan dengan makanan. Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk! Kalau dia tahu dia gemuk takpa lah.kadang-kadang tu dia tak tahu pun dia dah gemuk tapi masih perasan dia kurus. ini juga masalah yang bahaya untuk orang perempuan. Jadi orang lelaki, korang jangan cakap diorang sudah gemuk! itu pantang larang yang korang kena tahu. Kalau korang cakap dia sudah gemuk, maka korang menempah ajal nampaknya. haha. Mesti orang permepuan akan merajuk sakan kalau korang kata dia gemuk. Maka nanti susah pulalah korang nak memujuk dia. tapi bila dia tanya dia dah gemuk atau tidak, korang cakap tak, masih kurus lagi . Mana ada gemuk. semoga itu menyelamatkan anda. hehe
Yang terakhir, perkara yang orang lelaki kena tahu yang juga merupakan rahsia orang perempuan adalah mereka memang suka cemburu dan kuat cemburu. Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik. Cemburu orang perempuan memang sukar dirawat. Kadang itu mengambil masa yang sangat lama. ada pula sehingga membuatkan orang lelaki muak menunggu dan dia terus meninggalkan anda. Tetapi selalunya mereka akan tunggu sehingga anda selesai cemburu barulah diorang akan pergi meninggalkan anda secara baik. Kalau yang buat secara drastiktu nak buat macam mana, nasib banda tidak baik dapat pasanyang yang macam itu.
Penutup Orang Lelaki kena tahu perkara ini
Akhir sekali, kami doakan anda memahami tips dan pengalaman yang kami kongsian dengan anda ini, pastikan adan memahami isi hati perempuan dahulu sebelum membuat penilaian mengenai mereka. kalau korang sayangkan mereka, maka hargailah mereka sehabis bai k tau. semoga hubungan anda terus mekar dalam kebahagian dan kecintaan.
Post a Comment