Kenapa Perempuan Cantik Single: Misteri dan Realiti. "Kenapa perempuan cantik single?" adalah persoalan yang sering menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan. Walaupun kecantikan sering dikaitkan dengan daya tarikan dan peluang cinta yang luas, ramai wanita cantik memilih atau tetap single atas pelbagai sebab yang kompleks. Dari fokus pada kerjaya hingga pengalaman cinta yang tidak menyenangkan, setiap cerita adalah unik dan menarik untuk dikupas.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan faktor utama yang menyebabkan perempuan cantik kekal single, perspektif masyarakat terhadap isu ini, serta bagaimana mereka menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan. Teruskan membaca untuk memahami lebih mendalam tentang topik yang penuh kontroversi dan menarik perhatian ini!
Kenapa Perempuan Cantik SINGLE? Korang rasa korang tak cantik ker sebab dah berkahwin atau ada pasangan? haha jangan lah fikir macam tu. cuma isu kali ini kita bawakan kepada pembaca dan juga followers blog ini adalah kenapa selalunya kita lihat perempuan cantik selalunya single dan tidak berkahwin atau tidak mempunyai pasangan. Adakah mereka terlalu mencintai diri sendiri atau mereka memang tidak mahu berpasangan? atau juga mereka dikecwakan pasangan terdahulu sehinggakan ia menjadi calar kekal dalam hidup mereka? semua persoalan kita akan cuba rungkai dan jawab untuk anda.
Kenapa Perempuan Cantik SINGLE !
Antara punca seorang perempuan atau wanita cantik itu masih single dan tidak berpasangan adalah dia sudah selesa dengan hidupnya. Sekarang ini kita lihat ramai wanita mampu untuk hidup berdikari sendiri. Ramai juga yang sudah mempunyai edukasi dan pendidikan yang tinggi, mampu buat duit sendiri dan selesa hidup bebas. Mereka merasakan mereka ada semuanya dan rasa cukup dan tidak memerlukan seorang lelaki.
Kadang-kadang mereka juga bimbang apa yang mereka suka lakukan ketika ini akan terbatas apabila mereka berkahwin. jika sebelum ini mereka seronok membeli belah tanpa ada gangguan. mereka bimbang lepas berkahwin atau mempunyai pasangan mereka tidak lagi mampu berbuat demikian. yang paling penting perasaan tidak mahu berkongsi yang tebal dalam diri mereka menjadikan mereka meletakkan penghadang yang tebal untuk berhubungan atau menjalinkan hubungan percintaan.
Yang keduanya. mereka tidak mahu kurang pilihan jodoh yang sesuai dengannya. Mungkin faktor yang utama adalah mereka terlalu memilih yang sempurna sehinggakan mereka tidak jumpa dengan calon jodoh mereka itu. Mereka juga mahu sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup mereka dan mereka hanya fikirkan confort zone mereka sahaja.
Yang ketiga adalah mereka tidak mahu membuang masa dengan perhubungan yang tidak menjamin ke alam perkahwinan. Ramai juga mereka dalam kalangan wanita cantik ini mengalami trauma atau igauan ngeri mendapatkan pasangat yang salah sehinggakan mereka lebih berhati-hati dan hanya mahu berkenalan jika perhubungan itu membawa mereka kejinjang pelamin dan ke alam perkahwinan. Mereka sudah malas untuk membuang masa dan jika ada jejaka yang sesuai dengan mereka dan mengajak mereka berkahwin, pasti mereka akan menerimanya.
Wanita bersikap sebegini lebih menganggap mereka pemilih dan lebih suka menghabiskan masa itu memanjakan dan memperbaiki diri mereka daripada berada di luar pada beberapa tarikh biasa. Sudah tentu jika dia mendapati penjaga dia lebih bersedia untuk membuat masa untuknya dalam hidupnya.
Yang keempat adalah wanita yang tiada pasangan ini selalunya datang dengan pakej garang dan terlebih berkeyakinan diri. sifat ini sebenarnya banyak mengancam insan yang bernama lelaki. Perempuan sebegini selalunya bukan jenis yang duduk sahaja dan membiarkan lelaki uruskan semua tetapi mereka yang melakukan semua itu demi orang lelaki tersebut.
Tetapi sayang, orang lelaki tak suka orang perempuan yang bersifat demikian. Ini kerana lelaki suka dia yang menjadi dominan dan menjadi ketua berbanding orang perempuan yang menjadi ketuanya. Ini bukan sikap ego tetapi lumrah seorang lelaki untuk memimpin. Selalunya perempuan yang terlebih berkeyakinan dan lebih suka dominan akan tiada orang lelaki yang meminatinya. jadi kalau korang yang cantik masih tak ada pasangan, maka ubah sikap dan membiarkan pasangan lelaki anda menguruskan semuanya dan anda hanya pantau dari jauh jika dia memerlukan bantuan atau tidak. dengan cara ini dapat mencantikkan lagi hubungan kekeluargaan anda dan juga hubungan percintaan anda dalam mencari jodoh yang terbaik untuk anda.
Punca kelima kenapa perempuan cantik single adalah mereka lebih mengutamakan rakan-rakan mereka. Selalunya perempuan cantik akan ada ramai kawan yang sentiasa berada di sekeliling mereka. Jadi mereka menjadi terlalu selesa sehinggakan mereka tidak mahu berkahwin ataupun berpasangan. Kenapa perlukan orang lelaki jika mereka sudah ada ramai rakan peremppuan yang boleh membantu mereka ketika susah. Selain itu, mereka juga tidak berminat nak membuang masa dengan orang lelaki jika rakan-rakan perempuan mereka lebih memahami dan lebih mengetahui isi hati mereka. Jika berlaku sitausai begini, orang lelaki kena bersabar dan bersabar menunggu sehingga anda diperlukan oleh mereka. jika tiada respon, pergilah cari orang lain yang lebih memerlukan anda dalam hidup mereka. Sejujurnya, jika perempuan lebih utamakan kawan dari pasangannya ia akan membuatkan orang lelaki rasa tercabar dan rasa kecewa. sehinggakan ada yang pergi jauh meninggalkan pasangan mereka itu tanpa sebarang info dan maklumat. Mereka kata dia sudah tidak perlukan aku lagi. jadi biat aku pergi jauh.
Yang keenam kenapa perempuan cantik kebanyakannya single adalah mereka rasa tidak terdesak untuk mencari lelaki atau pasangan mereka. Faktor atas tadi juga sudah diterangkan mungkin kerana mereka sudah ada semuanya dan mereka tidak terdesak untuk mencari pasanngan lain. Mereka juga mahu enjoy dengan kemewahan dan kekayaan yang mereka ada sehingga mereka betul-betul puas hidup seorang diri. Kemudian barulah mereka akan berkahwin. kalau orang lelaki dapat pasangan macam ni, berjanggutlah tunggu dia. hahaha
Gadis-gadis yang baik biasanya lebih cenderung untuk keluar dengan lelaki walaupun kimia kurang kerana mereka percaya ia memerlukan masa untuk jatuh cinta. Gadis-gadis cantik tidak begitu teruja untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak membuat mereka lemah dalam lutut sehingga mereka menunggu Encik Sempurna sambil menghabiskan masa mereka dengan lebih baik diri.
Seterusnya kenapa perempuan cantik selalu single adalah kerana mereka jenis yang tidak setia dengan pasangan mereka. Perempuan macam ini selalunya tidak akan kekal dengan seorang lelaki kecuali lelaki itu memberikan apa yang mereka mahukan. Lelaki yang merawat luka mereka dan menjaga mereka lebih dari yang lain. Orang perempuan ini tahu jika lelaki itu sanggup berkorban untuk mereka dan memberikan apa sahaja yang mereka mahukan. jadi orang lelaki perlu lebih peka jika mereka mahu mendapatkan perempuan yang mempunyai karakter macam ini. Tunaikan sahaja permintaan mereka dan anda akan mendapat mereka keseluruhannya.. Kalau jadi macam ini, jadi lelaki kaya memang best. dapat berikan segalanya kepada perempuan yang mahukan kemewahan dalam hidup mereka.
Akhir sekali, sebagai penutup kita sedar yang ramai perempuan cantik masih selesa dalam hidup mereka secara seorang diri. dalam kata lain hidup dalam keadaan single tanpa pasangan. Perkara ini sebenarnya mencetuskan kerisauan terutamanya dalam kalangan ibu bapa mereka kerana mereka bimbang anak perempuan mereka akan hidup tanpa bantuan jika mereka tidak berkahwin dan mempunyai pasangan. justeru betapa pentingnya seorang perempuan untuk mempunyai pasangan terutamanya demi keselamatan mereka dalam meneruskan kehidupan sehari-harian,
Walaupun anda seorang yang berdikari wahai wanita, carilah pasangan yang sesuai dan baik untuk anda dan jangan biarkan diri anda keseorangan dan diri anda dalam keadaan selesa bersendirian kerana ia hanya akan membuka pintu-pintuk kemaksiatan dan juga pintu pintu keburukan untuk diri anda sendiri.
Semoga punca perempuan cantik masih single ini memberi manfaat kepada kita semua. terima kasih kerana sudi membaca dan silakan untuk share dengan rakan-rakan anda yang masih single di luar sana.
Post a Comment