Header Ads

Tanda Wanita Merajuk, Anda Perlukan Ini untuk Kekasih Anda!

Tanda Wanita Merajuk, Anda Perlukan Ini untuk Kekasih Anda! Wanita yang merajuk sering kali menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan. Namun, tidak semua lelaki memahami isyarat halus yang diberikan oleh pasangan mereka. Memahami tanda-tanda ini bukan sahaja dapat membantu anda memperbaiki hubungan, tetapi juga menunjukkan bahawa anda seorang pasangan yang peka dan prihatin.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tanda-tanda wanita merajuk, sebab-sebab di sebalik tingkah laku tersebut, dan cara terbaik untuk memujuk mereka. Teruskan membaca untuk mendapatkan tips berguna yang boleh membantu anda menjadi pasangan yang lebih memahami dan penyayang.

 anda Wanita Merajuk, anda perlukan ini untuk kekasih anda! bila sudah berpasangan maka ramai akan mengalami masalah isteri atau teman wanita serta girlfirend anda merajuk. Jangan bohong kerana ramai yang sudah kena dan tidak boleh lari dari permasalahan tersebut. Ini kerana orang wanita dan orang perempuan sangat terkenal dengan merajuk. ada sahaja perkara yang nak dimerajukkannya. kadang-kadang tu bukan salah orang lelaki pun salah mereka sendiri tetapi tetap mahu merajuk untuk diberikan perhatian. namun ada juga yang mengambil kesempatan terhadap pasangan mereka sendiri atas nama merajuk dan ini kita tidak mahu berlaku kepada anda kaum lelaki kerana anda masih ada banyak perkerjaan yang lebih penting untuk dilakukan. kadang-kadang rajuk orang wanita ini sangat remeh sehingga menyukarkan anda untuk meneruskan kerja anda di luar sana. anda juga akan rasa berbelah bagi rasa betulkah tindakan anda untuk tidak layan merajuk mereka itu dek kerana ada urusan lain yang lebih penting. semua itu kita akan jawab dan beri info kepada kaum lelaki mengenai tanda-tanda atau ciri-ciri seorang wanita itu sedang merajuk atau dalam mood merajuk. Anda perlu take note semuanya dan bila mereka merajuk atau berlakon merajuk, anda sudah ada senjata untuk memujuk atau membiarkan seketika mereka dalam keadaan merajuk sehingga mereka kembali sedar dan kembali menjadi manusia biasa dengan nilai-nilai yang baik. 


Tanda Wanita Merajuk, anda perlukan ini untuk kekasih anda!


Apa tanda wanita merajuk?

Persoalan yang selalu orang lelaki tanya. macam mana kita nak tahu mereka sedang merajuk. Salah satu sebab kenapa persoalan ini ditujukan adalah kerana kadang-kadang orang lelaki ni rasakan orang perempuan tak merajuk pun tetapi hakikatnya mereka merajuk. ada ketika kita rasa mereka merajuk tetapi pada masa yang sama mereka ok jer dan tidak merajuk. adakah ada kajian saintifik mengenai perkara ini? sebenarnya nak kesan wanita merajuk ini sangat mudah dengan mengetahui gerak geri mereka dan perubahan sikap yang kita nampak berlaku terhadap diri mereka. Sikap yang dimaksudkan itua adalah mereka sudah mula dingin dan tidak mahu bercakap dengan kita juga antara tanda-tanda awal untuk mengesan wanita itu sedang merajuk. jika korang selalu sangat berjumpa, korang akan dapat kesan perubahan yang ketara berlaku jika mereka merajuk. elok-elok tengah bercakap dan bergelak ketawa tiba-tiba hati mereka tersentuh dan menyebabkan mereka merajuk dan mereka akan terus diam dan tidak mahu merespon apa yang anda cakap. kadang-kadang tu samapai berhari-hari dan ada yang sampai berminggu-minggu. jadi macam mana nak merawat perangai wanita yang merajuk macam ni? anda hanya perlu sentiasa ada dengan mereka dan sentiasa berhubung dengan mereka dan jangan biarkan mereka keseorangan.

Yang pertama tanda wanita itu sedang merajuk adlaah mereka akan menangis dan rasa sedih sentiasa. Tangis dan menangis sangat dekat dengan sifat kewanitaan. ini kerana hati mereka terlalu lembut dan sangat senang tersentuh apabila terguris. terutamanya perkataan yang keluar dari mulut orang yang mereka sayang. Sekiranya anda melihat pasangan wanita anda sering menangis atau bersedihan, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jangan anda biarkan mereka bersedihan terlalu lama, ambil  langkah untuk bertanya terlebih dahulu dan kemudian cuba untuk memujuk mereka sekiranya masalah tersebut berpunca daripada anda. 

Yanag kedua adalah tanda wanita sedang merajuk adalah mereka Tidak banyak bercakap. ini tanda yang sangat ditakuti oleh para lelaki diluar sana. apabila kekasih atau teman wanita mereka tidak mahu bercakap dengan mereka atau pun kurang suka nak merespon pertanyaan anda. kalau ada pun sekadar menjawab soalan dan tidak mempunyai perasaan. jika anda hadapi perkara ini maka hati-hatilah kerana mereka sedang merajuk dengan anda. Anda juga perlu koreksi diri balik dan cuba cari kesalahan anda dan meminta maaf. cara paling senang adalah meminta maaf dengan pasangan anda itu. selepas minta maaf mulakan sesi memujuk dengan baik dan bercakap dengan lemah lembut. kalau tak jalan juga, bawa dia pergi makan dekat tempat best. nanti pasti dia akan tersenyum punya lah.

Ciri atau tanda wanita merajuk yang ketiga adalah dengan dia mengurung diri. Perkara ini juga pernah berlaku kepada jejaka-jejaka di luar sana apabila kekasih mereka tidak mahu berjumpa dengan mereka sehinggakan ada yang tidak keluar langsung dari rumah kerana terkecil hati atau merajuk dengan kekasih mereka. Perkara ini macam mereka merajuk membawa diri mereka dan meninggalkan alam realiti demi secebis perhatian. mereka juga akn cuba mengambil masa untuk menenangkan hati mereka sebelum kembali membuat keputusan terhadap perhubungan mereka dengan anda. selalunya bila peremupuan tidak mahu keluar dari rumah mereka akan mengurungkan diri mereka dalam bilik yang mereka selesa dan mungkin ketika itu anda boleh hantar coklat atau apa-apa yang mereka suka makan untuk memujuk hati mereka. dengan cara ini anda tidak membiarkan mereka seorang diri dan menunjukkan effort dan usaha anda untuk memperbaiki hubungan perkahwinan atau hubungan percintaan anda.


Yang keempat tanda wanita merajuk adalah mereka tidak layan permintaan anda untuk berjumpa. Adakala tu tiada langsung whatsapp atau telegram dibalas dan hanya seen sahaja. jika betul ia berlaku anda kena sedar yang anda dalam masalah. kekasih atau isteri anda itu sedang merajuk dengan andaJika anda hanya di bluetick atau seen di WhatsApp atau direject melalui panggilan telefon, percayalah si dia sedang merajuk dengan anda. Mungkin wanita yang anda kasihi terluka hati dengan kata-kata atau perbuatan anda. Jangan diambil mudah sekiranya perkara ini berlaku. Turunkan ego dan cuba untuk mengalah dengan mengaku setiap kesilapan yang anda lakukan. Pada masa ini juga janganlah anda mengamuk tak tentu pasal jika message anda tidak berbalas. teruskan berhubung sehingga dia bersedia untuk mengangkat handpohone untuk anda tau.

Ada juga ketika perempuan merajuk ketika mereka dalam tempoh mood swing atau tempoh haid mereka. ketika ini anda juga tidak akan paham kenapa mereka melakukan perkara tersebut. adakalah mereka tiba-tiba marah dan mengamuk dan ada kala mereka tiba-tiba menangis sendiri. jadi bila masa mood swing macam ini, anda perlu berikan layanan special kepada mereka. jangan rasa malam nak pujuk dan biarkan mereka seorang diri kerana ia akan memudaratkan perhubungan anda. dalam fasa mood swing jugalah mereka memerlukan anda untuk berada disisi walaupun pada realitinya mereka malas nak berjumpa atau sebaliknya. cukuplah dengan bertanya khabar dan memujuk sentiasa agar dia tahu kesungguhan anda untuk sentiasa berada di sisinya ketika dia diuji dengan ketidak stabilan hormon dan sebagainya.



Penutup Tanda wanita merajuk

Akhir sekali, jika anda mahukan pasangan anda atau isteri anda sentiasa bahagia dengan anda. pastikan mereka itu kurang merajuk dan sentiasa  happy bila bercakap dengan anda. semakin orang perempuan kuat merajuk, semakin banyaklah masalah anda yang anda perlu lakukan. Orang lelaki ni, bila orang perempuan merajuk dia selalu abaikan sebab banyak lagi tekanan kerja yang perlu dilakukan juga demi untuk isteri mereka. jadi kadang-kadang tu sampai si isteri sejuk sendiri atau lega sendiri tanpa perlu dipujuk. maka jika menjadi macam itu, itu satu kebahagiaan untuk anda. jika tidak, maka carilah cara untuk memujuk dan pada masa yang sama perlu juga meneruskan tugas harian di tempat kerja dan sebagainya. kami doakan anda dapat memujuk pasangan anda dengan sehabis baik dan anda berhasil memujuknya. semoga berjaya!


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.