Header Ads

Perempuan Selalu Betul, Lelaki Sentiasa Salah

Perempuan Selalu Betul, Lelaki Sentiasa Salah. Ini isu luar biasa yang menjadi persoalan bagi kaum lelaki dan kebahagiaan bagi kaum wanita. Kenapa bila bergaduh sahaja mesti orang perempuan yang akan menang dan orang lelaki akan kalah atau akan dipersalahkan oleh mereka? cuba teka sebab apa? adakah orang perempuan terlalu sombong dan ego untuk mengatakan mereka salah atau orang lelaki malas bergaduh dengan orang perempuan dan bertengkar mengenai siapa yang salah dan siapa yang betul. persoalan ini semua akan kita rungkai kenapa orang perempuan selalu sahaja betul dan orang lelaki pula salah.


Perempuan Selalu Betul, Lelaki Sentiasa Salah


Perempuan Selalu Betul, Lelaki Sentiasa Salah

Salah satu punca utama perkara ini selalu berlaku adalah kerana orang perempuan memang suka menang dalam semua perkara. mereka tak akan kasi chance dekat orang lelaki untuk menang. mereka akan fight sampai mati agar mereka di iktiraf sebagai pemenang walaupun tdia tak kira situasi sesuatu perkara yang berlaku. Sebenarnya, sikap perempuan yang selalu nak menang ini ada masanya buat lelaki jadi letih dan tidak faham puncanya.

Korang nak tahu kenapa orang perempuan sentiasa nak menang sahaja? yang pertama adlaah kerana orang lelaki selalu mengalah dan malas nak cerita panjang. sebab itulah orang perempuan selalu menang. ini adalah antara satu fakta sebenar dan realiti kerana fakta kerana lelaki memang selalu mengalah dengan perempuan.


Sebagai contoh, bila kita nak raya jer, mesti mak dan ayah akan berperang satu sama lain. adakalanya pinggan juga boleh melayang. mungkin sebab mak kita nak beli sofa baru tetapi ayah kita kata jangan membazir dan dia tidak setuju dengan mak. Jadi mak akan merajuk dan mula mencebik muka. kadang-kadang tu dia sengaja tak makan sekali sebagai tanda protes. ayah pula bila dah nampak macam tu, dia mesti tak mahu panjang cerita dan berlaku pertumpahan darah di medan perang itu, maka dia akan mengalah dan bersetuju. Terus mak kita berubah muka menjadi lebih happy dan senyum. siap masak menu baru lagi lepas tu. sebab dia happy yang dia menang dan ayah kita pula kalah. tetapi pada hakikatnya tindakan si ayah lebih mudah untuk difahami kerana dia tidak mahu berlaku perpecahan dalam keluarga dan akan mengusutkan lagi fikiran dia maka dia mengalah. 

Yang kedua kenapa perempuan selalu menang dan lelaki selalu kalah atau kenapa perempuan selalu betul dan lelaki selalu salah adalah kerana perempuan suka menguji kesabaran orang lelaki. Dia suka tengok orang lelaki stress bergaduh dengan dia. suka sangat sehinggakan orang lelaki muak dengan perangainya itu. Ada masanya, perempuan ini akan datang satu perangai yang pelik dan suka mencabar. Perempuan akan suka untuk test lelaki, nak pula kalau lelaki itu lelaki yang dia sayang. Tidak kiralah di mana atau bila-bila masa sahaja, perempuan akan cuba uji tahap kesabaran anda.

Mereka mesti teringat kata-kata orang yang mengatakan kalau nak tahu lelaki itu sukakan diorang atau tidak maka cubalah uji mana tahu dia tak sayang dengan kitakan. Mereka akan cuba uji dengan perkara remeh temeh  Contohnya, sengaja marah anda sebab tidak balas Whatsapp waktu tengah bekerja, sedangkan dia sudah tahu yang anda tidak boleh pegang telefon waktu bekerja. Ini adalah salah satu cara perempuan untuk uji lelaki yang dia sayang. Jadi, jangan pelik kalau tiba-tiba perempuan mula cari masalah dengan anda.


 Yang ketiga, kenapa perempuan selalu betul dan lelaki selalu salah adalah kerana lelaki tidak akan ambil kesempatan terhadap kekurangan orang perempuan. Kita tahu, bila bergaduh sahaja orang lelaki akan menganggap yang dia tidak patut bergaduh dengan golongan yang lemah. jadi dia akan membiarkan kaum wanita bahagia dengan cara tersebut. Selalunya anda sudah tahu yang lelaki memang tidak suka nampak lemah apatah lagi di hadapan perempuan. Jadi, begitu juga situasi yang sama dengan perempuan.


Ada masanya, kenapa perempuan selalu menang sebab tidak mahu lelaki mudah ambil kesempatan dan nampak yang dia seorang perempuan yang lemah. Mana tidaknya, perempuan memang selalu dilabelkan lemah, jadi tidak hairanlah kalau dalam perdebatan, perempuan tidak mahu kalah. kalau nak bergaduh secara fizikal tu memang terang-terang lah orang lelaki akan menang tetapi disebabkan nak jaga hati dan emosi orang perempuan maka orang lelaki tidak sanggup mengusik sehingga melukakan hati anda orang perempuan.


 Yang keempat adalah kenapa orang permepuan selalu betul dan orang lelaki sentiasa salah adalah kerana orang perempuan akan tetap menang walaupun mereka salah. perkara ini selalu berlaku apabila orang perempuan berdebat dengan orang lelaki. Bila dorang kalah, diorang akan pusing fakta bagi nampak mereka betul. Anda jangan ingat lelaki sahaja yang ada ego, perempuan juga ada egonya yang tersendiri. Ada kalanya, perempuan memang sudah tahu yang dia salah atau buat salah. Tetapi, dia lebih memilih untuk berdiam diri sebab tidak mahu rasa kekalahan. Perempuan selalu menang walapun sudah terang lagi bersuluh situasi yang sebenar. Perempuan akan rasa malu kalau mereka kalah dengan lelaki.

Ditambah pula zaman sekarang ini semua perkara orang perempuan boleh buat sendiri. apabila mereka dicabar maka mereka akan rasa tetrcabar dan terhina jadi mereka akan buat sehingga mereka berjaya. Kalau kerja dan perkara yang sukar untuk lelaki buat pun, mereka boleh buat. Tidak peliklah kalau perempuan selalu menang.


 Yang kelima kenapa orang perempuan selalu betul dan lelaki salah adalah kerana sikap panas baran yang ada dalam diri seorang wanita. ia selalu muncul kerana sifat ego yang tebal dalam diri mereka. sifat panas baran macam itu boleh mengalahkan sifat panas baran lelaki dan sudah pasti ia tiada pengakhirannya. Sebabnya ada yang dari muda sampai ke tua masih lagi suka marah-marah sebab merasakan harga diri mereka terlalu tinggi untuk berasa berada di bawah. bila perempuan selalu menang. Mereka akan rasa diri mereka berpengaruh dan dapat mengawal keadaan walaupun sukar. Walaupun sifat panas baran ini sangatlah tidak bagus, tetapi ianya sudah sebati dengan sikap perempuan yang selalu nak menang.

Penutup perempuan selalu betul lelaki sentiasa salah 

Akhir sekali, bukan senang nak jadi orang lelaki adakala kita perlu mengubah fikiran dan cara kita berfikir agar kita tidak mudah marah apabila berterusan di persalahkan oleh orang perempuan. Walaupun sikap orang perempuan yang tidak mahu kalah, pasti akan ada satu saat mereka terduduk diam sendiri dan mengakui kesalahan yang telah berlaku.

 Jadi sebagai orang lelaki, kita kena banyak bersabar apabila diuji sedemikian rupa kerana pasti ada sinar di sebalik apa yang berlaku. Kalau korang tidak kisah dikalahkan sentiasa maka itu satu tindakan yang baik daripada anda. jika anda tidak suka, maka beritahulah mereka walaupun anda juga akan dipersalahkan pada akhirnya.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.